Neurosains Ibadah: Ruang untuk Berubah


Kita sudah hampir ke penghujung tahun. Sebahagian impian 2025 mungkin masih belum tercapai. Ada yang sedang kita usahakan, ada yang kita tangguhkan, dan ada yang kita diamkan begitu sahaja.

Namun sebelum tahun ini melabuhkan tirai, mari kita berhenti sejenak. Kita lihat ke dalam diri. Kerana perubahan yang kita cari tidak pernah datang dari luar. Ia bermula dari dalam. Daripada hati yang mahu diperbaiki dan hubungan dengan Allah yang mahu diperbaharui.

Apabila hubungan itu pulih, Allah mula menyusun semula seluruh sistem dalam diri kita. Dari fikiran hingga hormon, dari emosi hingga ketenangan. Inilah ruang untuk kita berubah.

Sains Bertemu Sujud
Program ini istimewa dan penuh makna! Ia akan membuka pandangan baru kepada kita tentang ibadah yang kita lakukan setiap hari. Ibadah bukan sekadar ritual. Ia adalah sistem penyembuhan yang Allah reka dengan sangat halus.

Setiap kali kita berdoa, neuron di otak membentuk sambungan baru. Setiap kali kita berzikir, sistem saraf vagus diaktifkan dan tubuh masuk ke dalam keadaan tenang.

Setiap kali kita membaca Al-Quran, gelombang otak menjadi stabil dan sistem emosi kembali seimbang.

Ibadah bukan hanya mendekatkan kita kepada Allah, tetapi juga membentuk habit yang menjadi pemacu kejayaan hidup.

Human is the creatures of habit.

Setiap tingkah laku berulang akan membentuk laluan saraf baru dalam otak. Dan sebenarnya, semua ritual dalam Islam telah direka oleh Allah untuk membentuk habit yang membawa kita kepada keseimbangan, disiplin dan kasih sayang.

✅ Solat membina struktur harian.
✅ Zikir membina kesedaran berterusan.
✅ Wudhu’ melatih kebersihan dan ketenangan.
✅ Doa melatih fokus dan pengharapan.
✅ Al-Quran melatih minda reflektif.

Inilah formula habit yang Allah letakkan dalam agama, untuk membentuk semula sistem biologi dan emosi manusia agar kembali stabil dan tersusun. Inilah sains di sebalik ketenangan, istiqamah dan kekuatan dalaman yang kita cari.



Apa yang Akan Kita Pelajari
Dalam modul ini kita tidak belajar cara beribadah, tetapi memahami apa yang berlaku dalam diri setiap kali kita beribadah, melihat ibadah dari lensa neurosains. Selama tujuh hari, kita akan menelusuri bagaimana Allah memprogramkan tubuh manusia supaya setiap sujud dan zikir menjadi proses penyembuhan sebenar.

Neurosains Ibadah
Setiap amalan Islam adalah latihan neurofisiologi yang memberi kesan langsung kepada tubuh, minda dan jiwa.
Otak – neuroplasticity, fokus dan pengawalan emosi
Jantung – heart brain coherence dan pengaktifan saraf vagus
Hormon – keseimbangan HPA axis dan peningkatan hormon oksitosin
Emosi – kestabilan sistem limbik dan pengurusan stress

Day 1: Neuroanatomi dan Neurofisiologi Ibadah
Kita akan memahami struktur utama otak dan saraf yang aktif ketika beribadah. Prefrontal cortex, amygdala, hippocampus dan saraf vagus memainkan peranan penting dalam membentuk rasa tenang.

Day 2: Doa dan Regulasi Otak Emosi
Doa mengaktifkan bahagian otak yang mengawal fokus dan niat. Ketika kita berdoa dengan kesedaran, amygdala yang menyimpan rasa takut dan cemas menjadi tenang.

Doa yang diulang menstabilkan hormon serotonin dan dopamin, menjadikan minda lebih yakin dan stabil.

Day 3: Istighfar dan Reset Sistem Stres
Istighfar menenangkan sistem limbik dan menstabilkan HPA Axis. Ia menurunkan hormon kortisol dan adrenalin yang menyebabkan keletihan kronik. Ketika kita benar-benar memohon ampun, tubuh kita melepaskan tenaga negatif yang tersimpan lama. Inilah pembuka kunci rezeki dan ketenangan.

Day 4: Zikir dan Heart Brain Coherence
Zikir perlahan mengaktifkan saraf vagus yang menghubungkan otak dan jantung. Ia membawa tubuh ke dalam mod pemulihan semula jadi.

Kajian menunjukkan denyutan jantung dan gelombang otak menjadi seiring ketika zikir diamalkan secara konsisten.

Day 5: Wudhu’ dan Isyarat Tenang pada Saraf
Air wudhu’ yang menyentuh wajah dan kepala merangsang saraf trigeminal.

Saraf ini menghantar isyarat terus ke otak untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.

Day 6: Solat dan Keseimbangan Hormon
Gerakan solat mengaktifkan frontal lobe dan cerebellum yang mengawal tumpuan dan keseimbangan.

Setiap rukuk dan sujud meningkatkan neurotransmitter ketenangan dan menurunkan kortisol.

Solat yang dilakukan secara konsisten melatih disiplin habit.

Day 7: Al-Quran dan Gelombang Kesedaran Tinggi
Bacaan Al-Quran mengaktifkan auditory cortex dan temporal lobe, kawasan pemprosesan bunyi dan bahasa.

Kajian EEG menunjukkan bacaan berirama menurunkan gelombang beta (stres) dan menaikkan alpha/theta (tenang & reflektif).

Al-Quran ialah frekuensi penyembuhan yang menghubungkan akal, hati dan roh,
membina habit dan mencipta rasa damai mendalam.



Selepas 7 Hari, Kita Akan Sedar Perubahannya
✨ Emosi menjadi lebih stabil dan reaksi lebih tenang
✨ Tidur lebih lena, tenaga lebih seimbang
✨ Nafsu makan dan keinginan lebih terkawal
✨ Hati terasa ringan, doa terasa hidup, solat terasa menyembuhkan

Dan yang paling penting, kita akan menyedari bahawa setiap kali kita beribadah, Allah sedang memulihkan seluruh sistem dalam diri kita dan sedang membentuk habit yang menguatkan keperibadian kita.

Bila ilmu dan iman bertemu 
ibadah tidak lagi sekadar ritual 
ia menjadi proses penyembuhan yang menghidupkan semula jiwa

Masa Untuk Kita Kembali
Tahun ini belum berakhir. Masih ada masa untuk kita memperbaiki dalaman diri, memperbaharui hubungan dengan Allah dan menghidupkan kembali makna solat dalam hidup kita. Kerana apabila hati disambung semula kepada Pencipta, fikiran menjadi lebih jelas, emosi lebih stabil dan hidup kembali terasa penuh makna. Dan apabila ibadah dilakukan dengan kefahaman, ia akan melahirkan habit yang baik, yang menjadi asas kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Neurosains Ibadah: Ruang untuk Berubah
Kerana setiap kali kita beribadah,
Allah sedang menjaga, menyembuhkan dan membentuk diri kita menjadi insan
yang berjaya, dari dalam.



____________________________________

Bagaimana cara pembelajaran program ni?

Video dan material pembelajaran akan dimasukkan dalam group FB bermula pada 26 November hingga 2 Disember 2025 setiap hari jam 11 pagi. Rakaman dan material pembelajaran boleh ditonton dan diulangkaji mengikut kelapangan masa peserta sendiri.

Peserta boleh bertanya soalan dan berbincang diruangan komen di FB pada ruangan komen video yang ditonton.

____________________________

Dr Malinda menjadi panel jemputan di TV dan Radio



Penulis buku Intermittent Fasting dalam bahasa Melayu.


Penulis bersama dan penerbit buku Obesiti Cerita Kami.



Sertai kami sekarang!

Harga RM149 untuk program selama 7 HARITapi Dr Malinda nak beri harga PROMO RM119 SAHAJA.


Untuk Borang pendaftaran dan pembayaran terus scroll ke bawah kebahagian pendaftaran⤵⤵ .

Sekiranya Tn/Pn menghadapi masalah untuk mendaftar dan membuat bayaran boleh wasap kami KLIK DISINI

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
NeuroSains Ibadah
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA