Reset Metabolisma Ramadhan! 



Risau jugak kan, raya dah nak dekat tapi berat makin naik. Baju raya lama pun dah banyak yang ketat. Metabolisma dan hormon semua dah huru hara.
Terasa payah?
Blurr.. Rasa macam tak tahu nak bermula di mana. Jom kita sama-sama cari solusi untuk turunkan berat badan, lebih langsing dan tampil lebih berseri di Aidilfitri nanti bermula dengan HATI.
Berat badan yang degil, cepat letih, perut buncit, craving pada makanan manis dan selalu kembung adalah antara tanda hati yang tidak sihat.



Hati adalah "kuasa besar metabolik". Buah pinggang jika rosak, masih boleh ada mesin yang mencuci (Dialisis)

Tetapi, jika hati yang rosak. Tiada mesin yang dapat menggantikan kerana ia mempunyai lebih dari 500 fungsi dalam tubuh manusia. Tahukah anda bahawa hati adalah organ yang sangat ajaib. Allah jadikan ia mampu regenerate atau membaikpulih dirinya dalam masa 7 hari sahaja! Ia akan terus berfungsi sampai tahap kerosakannya dah tak mampu untuk diperbaiki dan antara punca utama kerosakan hati ialah 'Non-Alcoholic Fatty Liver Disease' atau Hati Berlemak.



Bagaimana fungsi hati berkait dengan obesiti?

Hati adalah organ utama untuk membakar lemak, mengawal hormon dan membuang toksin. Jika hati tidak sihat, susah untuk kita menurunkan berat badan walaupun berdiet dan bersenam.

Kenapa Hati Penting untuk Berat Badan?

1. Hati Berlemak: Lemak terkumpul di sel-sel hati akan menghalang pembakaran lemak, memperlahankan metabolisme.

2. Kerintangan Insulin: Gula bertukar menjadi lemak, menyebabkan susah nak mengawal nafsu makan, craving dan berat mendadak naik.

3. Hormon Tak Seimbang: Hati adalah tempat metabolisma pelbagai jenis hormon. JIka hati tidak sihat, Estrogen berlebihan dan kortisol tinggi akan cenderung menyimpan lemak di perut, peha dan pinggul.

4. Toksin Berlebihan: Hati berfungsi untuk menyah toksin dan proses metilasi. Toksin tersimpan dalam lemak, menyebabkan keradangan dan mengganggu keseimbangan hormon.

5. Metabolisme Perlahan: Hati memainkan peranan dalam menghasilkan tenaga (ATP). Jika hati tidak sihat, metabolisma tidak efektif, tubuh kurang bertenaga dan menyebabkan rasa letih, malas bersenam dan cenderung untuk menyimpan lemak.

6. Ketosis Terganggu:  Hati yang sihat dapat menukarkan lemak kepada badan keton, yang digunakan sebagai tenaga (terutama semasa puasa atau diet rendah karbohidrat).

Jika hati tidak sihat, proses ini terganggu, menyebabkan tubuh lebih bergantung kepada glukosa dan menyimpan lemak. Craving, cepat lapar dan susah untuk kekal dalam berpuasa.



Hati bila terganggu fungsinya, metabolisma dan pembakaran lemak tidak akan berlaku dengan baik - The Weight loss Resistance.

Jom, kita ambil peluang Syaaban dan Ramadhan ini untuk “reset” bukan sahaja ibadah, tetapi juga peluang untuk memperbaiki tahap kesihatan terutamanya organ penting metabolisma kita iaitu HATI.

Program ini bertujuan membantu peserta memanfaatkan puasa untuk memperbaiki metabolisme, menstabilkan hormon dan meningkatkan tenaga dengan memberi fokus pada Detoks Hati.

Dengan modul selama 30 hari (15 hari dalam bulan Syaaban & 15 hari dalam bulan Ramadhan), kita akan bersama mengambil langkah untuk RESET atau 'Take off point' memotivasikan diri untuk lebih sihat, slim, bertenaga dan tampil lebih berkeyakinan. Semoga dapat turun sekurang-kurangnya satu saiz baju masa raya nanti. In shaa Allah.



Apa yang anda akan terima dalam program kali ini?

✅ Video pendek setiap hari untuk 30 hari - tips yang praktikal.
✅ Group Facebook & Group Telegram
✅ Meal plan Liver Detox
✅ Video interpretasi analisa ujian fungsi hati
✅ IF Plan Liver Detox




Antara topik-topik video pendek yang akan dikongsikan:

- Apa itu Reset Metabolisma?

- Kenali hati sebagai orang utama detoks.

- Apa tanda-tanda hati yang 'penuh toksin'?

- Adakah hati saya ok? Macamana nak tahu?

- Bagaimana detoks hati bantu turunkan berat badan?

- Bagaimana detoks hati mengurangkan craving?

- Bagaimana detoks hati menstabilkan hormon?

- Bagaimana nak detoks hati?

- Puasa dan detoks hati.

- IF atau IIF, yang mana lebih efektif?

- Apa makanan untuk detoks hati?

- Apa makanan sunnah dan pendekatan perubatan islam dalam detoks hati?

- Makanan Anti-Keradangan untuk Sahur & Berbuka

- Apa strategi lain untuk detoks hati?

- Berapa lama perlu detox untuk nampak kesan?

- Adakah semua orang sesuai untuk detox hati?

- Adakah suplemen detoks hati benar-benar berkesan?

- Bolehkah saya lakukan detoks hati jika saya ada masalah kesihatan lain, seperti diabetes?

- Apa tanda-tanda hati semakin sihat selepas detoks?

- Bagaimana nak tahu program detox ini sesuai untuk saya?

- Dan banyak lagi!


_____________________________________

Program akan bermula pada 14 Feb 2025 hingga 16 Mac 2025.
_____________________________________

Bagaimana cara pembelajaran program ni?

Video dan material pembelajaran akan dimasukkan dalam group FB setiap hari selama 30 hari pada jam 11 pagi. Video dan material pembelajaran boleh ditonton dan diulangkaji mengikut kelapangan masa peserta sendiri.

Peserta boleh bertanya soalan dan berbincang diruangan komen pada video yang ditonton dan juga dalam group telegram yang akan disediakan.

____________________________

Dr Malinda menjadi panel jemputan di TV dan Radio




Penulis buku Intermittent Fasting dalam bahasa Melayu.


Penulis bersama dan penerbit buku Obesiti Cerita Kami.

Sertai kami sekarang dan dapatkan diskaun HEBAT!

Harga Reset Metabolisma Ramadhan RM159 untuk program selama 30 HARI. Tapi Dr Malinda nak beri DISKAUN, harga hanya RM89 SAHAJA!

Untuk Borang pendaftaran dan pembayaran terus scroll ke bawah kebahagian pendaftaran⤵⤵ .

Sekiranya Tn/Pn menghadapi masalah untuk mendaftar dan membuat bayaran boleh wasap kami KLIK DISINI 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Reset Metabolisma Ramadhan
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA